Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

FELDA (Federal Land Development Authority) atau nama melayunya Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956 untuk pembangunan tanah dan penempatan semula dengan objektif pembasmian kemiskinan melalui penanaman tanaman minyak sawit dan getah. Antara fungsi FELDA adalah untuk melaksanakan projek-projek pembangunan tanah dan aktiviti pertanian, perindustrian dan komersial sosial ekonomi.

Felda Bukit Sagu terletak dalam daerah Kuantan, Pahang. Lokasinya terletak kira-kira 30km dari pusat bandar Kuantan dan telah mula dipelopori oleh FELDA pada tahun 1980.

Para peneroka mula memasuki dan seterusnya telah mendirikan penempatan mereka di Felda Bukit Sagu pada tahun 1983. Menurut penduduk setempat, Felda ini telah diberi nama ‘Bukit Sagu’ kerana ianya pernah dipenuhi dengan sagu pada suatu ketika dahulu.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


'Digi Awareness Talk'

Aktiviti Terkini | 15 Disember 2016

Program CyberSAFE bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan pengguna ketika menggunakan internet....baca selanjutnya

PROGRAM INTERVERSI PEMERKAKASAN KELUARGA DAN KOMUNITI (FACE)

Aktiviti Terkini | 11 Disember 2016

Program Klik Dengan Bijak bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan menggunakan internet.....baca selanjutnya

Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.

Pertandingan “Word Search”

Aktiviti Terkini | 27 November 2016

Pertandingan ini dapat melatih para peserta untuk berfikir di luar kotak dan meningkatkan pengetahuan tentang perkataan-perkataan Bahasa Inggeris yang sering digunakan...baca selanjutnya

Karnival Amal Kesenian, Kebudayaan & Asas Tani

Aktiviti Terkini | 14 - 16 Oktober 2016

Karnival ini memberi peluang kepada pihak PI1M memperkenal dan mempromosikan PI1M disamping memberi pengetahuan kepada orang ramai untuk melupuskan barang-barang eletronik melalui program e-waste...baca selanjutnya

Digi Cybersafe

Aktiviti Terkini | 08 Oktober 2016

Aktiviti ini adalah untuk memberi maklumat berkaitan kebaikan dan keburukan penggunaan Internet. Dengan adanya aktiviti ini, pelajar lebih berhati-hati ketika menggunakan internet selepas mendengar taklimat...baca selanjutnya

Pertandingan Membuat Jalur Gemilang

Aktiviti Terkini | 25 September 2016

Tujuan program ini diadakan untuk memperkenalkan program cybersafe dan memberi maklumat mengenai keselamtan siber kepada para pelajar dan guru...baca selanjutnya

Cybersafe In School Workshop

Aktiviti Terkini | 17 Ogos 2016

Tujuan program ini diadakan untuk memperkenalkan program cybersafe dan memberi maklumat mengenai keselamatan siber kepada para pelajar dan guru...baca selanjutnya

PERTANDINGAN VIDEO KREATIF KESIHATAN REMAJA 2016

Berita Terkini

Untuk makluman, MCMC melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menganjurkan ‘Pertandingan Video Kreatif Kesihatan Remaja 2016’...baca selanjutnya

Karnival Reka Cipta Inovasi & ICT Peringkat Kebangsaan 2016

Aktiviti Terkini | 23 Julai 2016

Karnival ini diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Hajjah Kalsom, Kuantan dan bertujuan untuk memperkenalkan perkhidmatan dan program-program yang terdapat di PI1M kepada pelajar-pelajar, guru serta ibubapa/penjaga yang hadir...baca selanjutnya

Pertandingan Membuat Kad Raya

Aktiviti Terkini | 26 Jun 2016

Tujuan pertandingan ini adalah untuk mengasah bakat para peserta dalam menghasilkan sesuatu dengan lebih kreatif dan memberi pendedahan kepada peserta tentang salah satu faedah atau kepentingan laman Youtube sebagai satu sumber rujukan yang bermanfaat...baca selanjutnya

Slot Digi CyberSafe / Klik Dengan Bijak (KDB) Majlis Hari Terbuka PI1M Kg. Ubai, Pekan.

Aktiviti Terkini | 29 Mei 2016

Tujuannya adalah untuk memberi pendedahan tentang kepentingan melayari internet secara selamat dan memberi penerangan berkenaan bahaya penggunaan internet secara tidak terkawal...baca selanjutnya

Perasmian Kelab Usahawan & Sukarelawan
(Amanah Ikhtiar Malaysia – Cawangan Kuantan)

Aktiviti Terkini | 23 April 2016

Majlis ini bertujuan mendekati para usahawan yang berdaftar bersama Kelab Usahawan Ikhtiar Kuantan (KUIK) untuk tujuan kerjasama di masa akan datang dan memberi sedikit sebanyak pendedahan kepada peserta tentang kepentingan penggunaan internet sebagai sumber rujukan yang bermanfaat dalam memasarkan produk mereka...baca selanjutnya

Pertandingan Origami

Aktiviti Terkini | 27 Mac 2016

Pertandingan ini dapat mendidik peserta untuk berfikiran lebih kreatif dan inovatif dan memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan penggunaan internet sebagai sumber rujukan yang bermanfaat...baca selanjutnya

Pertandingan Menaip Terpantas

Aktiviti Terkini | 28 Februari 2016

Aktiviti ini melatih peserta untuk menaip dengan lebih lancar dan memberi pendedahan kepada kanak-kanak tentang cara menaip dan menggunakan...baca selanjutnya

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif

Berita Terkini

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif (#MYkif) merupakan sebuah platform untuk meggalakkan komuniti menghasilkan video dalam tutorial, panduan, tips, kaedah, cara penggunaan, petua, resipi atau lain-lain kandungan yang berkaitan. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua penduduk di komuniti Pusat Internet 1Malaysia (PI1M). Jangka masa (durasi) video penyertaan adalah tidak lebih daripada 5 minit.

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan.baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian. baca selanjutnya

Mesyuarat Bulanan Bersama JKKR

Aktiviti Terkini | 5 Januari 2016

Mesyuarat ini membincangkan tentang isu-isu semasa sekitar kampung... baca selanjutnya

Hari Terbuka PI1M Felda Bukit Sagu

Aktiviti Terkini | 5 Disember 2015

Pihak PI1M telah mengadakan hari terbuka Pusat Internet 1 Malaysia...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan PERCUMA !!

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang ramai boleh menghubungi PI1M berdekatan bagi mendapatkan maklumat lanjut dan urusan pendaftaran latihan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti