Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

FELDA (Federal Land Development Authority) atau nama melayunya Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956 untuk pembangunan tanah dan penempatan semula dengan objektif pembasmian kemiskinan melalui penanaman tanaman minyak sawit dan getah. Antara fungsi FELDA adalah untuk melaksanakan projek-projek pembangunan tanah dan aktiviti pertanian, perindustrian dan komersial sosial ekonomi.

Felda Bukit Sagu terletak dalam daerah Kuantan, Pahang. Lokasinya terletak kira-kira 30km dari pusat bandar Kuantan dan telah mula dipelopori oleh FELDA pada tahun 1980.

Para peneroka mula memasuki dan seterusnya telah mendirikan penempatan mereka di Felda Bukit Sagu pada tahun 1983. Menurut penduduk setempat, Felda ini telah diberi nama ‘Bukit Sagu’ kerana ianya pernah dipenuhi dengan sagu pada suatu ketika dahulu.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


PERTANDINGAN MENAIP TERPANTAS

Aktiviti Terkini | 29 Disember 2018

Seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada ahli berdaftar PI Felda Bukit Sagu telah menyertai Pertandingan Menaip Terpantas pada kali ini. Mereka perlu menaip setiap perkataan yang terpapar di skrin komputer dengan pantas bagi membolehkan markah mereka dikira....baca selanjutnya

SAMBUTAN BULAN KELUARGA PERINGKAT KEBANGSAAN

Aktiviti Terkini | 30 November 2018

Program ini adalah program membudayakan etika penggunaan gajet serta melayari alam siber secara sihat bertepatan dengan konsep Sambutan Bulan Keluarga Peringkat Kebangsaan Negeri Pahang 2018 iaitu “Keluarga Bijak Siber”....baca selanjutnya

BENGKEL KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN PUSAT INTERNET 2018

Aktiviti Terkini | 25 - 26 Oktober 2018

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kemahiran keusahawanan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan Pusat Internet kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap Pusat Internet....baca selanjutnya

PROGRAM HARI POS SEDUNIA 2018 PERINGKAT NEGERI PAHANG

Aktiviti Terkini | 09 & 12 Oktober 2018

Pusat Internet area Kuantan terlibat dalam menyertai pembukaan booth mengenai Pusat Internet. Program ini dapat memperkenalkan peranan Pusat Internet kepada masyarakat serta dapat memberi pendedahan tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Pusat Internet...baca selanjutnya

PROGRAM HIMPUNAN USAHAWAN ANJURAN KELAB USAHAWAN IKHTIAR KUANTAN PAHANG

Aktiviti Terkini | 22 September 2018

Program ini menerangkan tentang kepentingan untuk menjaga keselamatan siber serta kepentingan dan kesan jika keselamatan siber diambil enteng, selain itu memperkenalkan PI1M dan mengeratkan hubungan antara komuniti...baca selanjutnya

LATIHAN ASAS KESELAMATAN KEBAKARAN & PENGGUNAAN PEMADAM API DI BALAI BOMBA & PENYELAMAT INDERA MAHKOTA, KUANTAN

Aktiviti Terkini | 09 Ogos 2018

Program ini dijalankan untuk menambahkan kemahiran dan pengetahuan cara penggunaan alat pemadam api dengan betul. Latihan asas ini sangat penting untuk pengetahuan petugas PI sekiranya berlaku sebarang kebaran yang berlaku di PI masing-masing....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SMK TANJUNG LUMPUR

Aktiviti Terkini | 01 Ogos 2018

Program ini akan memberi kesedaran kepada pelajar SMK Tg Lumpur dengan menyampaikan taklimat Klik Dengan Bijak...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI KARNIVAL USAHAWAN PAHANG

Aktiviti Terkini | 21 Julai 2018

Program Advokasi ini telah berlangsung pada 21/07/2018 (Sabtu) di Kuantan Parade bersempena dengan Karnival Usahawan Pahang Vol. 2 yang mana melibatkan ramai usahawan tempatan dan setiap hasil jualan mereka sedikit sebanyak akan disumbangkan kepada persatuan kanak-kanak autism daerah Kuantan....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SMK ASTANA

Aktiviti Terkini | 18 Julai 2018

Program Advokasi ini melibatkan lebih 300 orang pelajar sekolah dan guru yang terdiri dari pelbagai bangsa dan peringkat usia. Satu pameran telah dijalankan pada hari berkenaan yang melibatkan beberapa orang staff PI di mana pameran tersebut telah mengetengahkan pelbagai aktiviti dan perkhidmatan yang disediakan di PI seperti Program KDB, E-Waste, Check Your Label dan juga Robotik anjuran Digi-Petrosains. Kuiz uji minda juga turut diadakan pada hari berkenaan....baca selanjutnya

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI

Aktiviti Terkini | 29 Jun 2018

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri telah diadakan pada 29.06.2018 (Jumaat) bertujuan untuk mengukuhkan hubungan silaturrahim sesama insan dalam kalangan semua peringkat usia....baca selanjutnya

HARI TERBUKA PI1M FELDA BUKIT SAGU

Aktiviti Terkini | 06 Mei 2018

Hari Terbuka PI1M Felda Bukit Sagu dan Hari Komuniti Felda telah diadakan pada 06.05.2018 (Ahad) yang lalu di mana pelbagai jenis aktiviti telah dijalankan bersama penduduk setempat dan antaranya ialah sukaneka dan permainan atas talian....baca selanjutnya

HARI TERBUKA PI1M FELDA LEPAR HILIR 1, FELDA BUKIT SAGU, KG PANDAN, SERI MAHKOTA JAYA & PAKR PANCHING

Aktiviti Terkini | 21 April 2018

Hari Terbuka Pusat Internet 1Malaysia Felda Lepar Hilir 1, Felda Bukit Sagu, Kg Pandan, Seri Mahkota Jaya & PAKR Panching diadakan untuk memperkenalkan PI1M kepada penduduk setempat dan sekitar kawasan setempat. Ia juga bertujuan untuk menjalankan hubungan yang baik diantara penduduk setempat dan staff PI1M. Program hari terbuka ini juga adalah sebagai tanda terima kasih kepada ahli-ahli PI1M dan penduduk taman kerana selalu memberi kerjasama kepada pihak PI1M dalam setiap aktiviti yang dijalankan....baca selanjutnya

HARI TERBUKA PASTI AL-MUKMIN

Aktiviti Terkini | 11 Mac 2018

Aktiviti ini dapat memberi galakan kepada masyarakat untuk terus belajar dan menggunakan Pusat Internet 1Malaysia sebagai platform untuk menimba ilmu dan menarik minat masyarakat setempat untuk lebih mengenali apa itu internet dan belajar menggunakan internet....baca selanjutnya

PERTANDINGAN SENI ORIGAMI

Aktiviti Terkini | 27 Februari2018

Pertandingan menghasilkan seni origami telah diadakan pada 27 Februari 2018 (Selasa) dan seramai 10 orang telah menyertai pertandingan ini. Para peserta bebas untuk menghasilkan sebarang jenis origami dan boleh merujuk tentang cara pembuatannya melalui Youtube....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK LITERASI FELDA BUKIT SAGU

Aktiviti Terkini | 31 Januari 2018

Satu pertandingan mewarna telah diadakan bersama dengan kanak-kanak Literasi Felda Bukit Sagu 01 yang berusia dalam lingkungan 3 – 4 tahun. Seramai 10 orang murid telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti