Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

FELDA (Federal Land Development Authority) atau nama melayunya Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956 untuk pembangunan tanah dan penempatan semula dengan objektif pembasmian kemiskinan melalui penanaman tanaman minyak sawit dan getah. Antara fungsi FELDA adalah untuk melaksanakan projek-projek pembangunan tanah dan aktiviti pertanian, perindustrian dan komersial sosial ekonomi.

Felda Bukit Sagu terletak dalam daerah Kuantan, Pahang. Lokasinya terletak kira-kira 30km dari pusat bandar Kuantan dan telah mula dipelopori oleh FELDA pada tahun 1980.

Para peneroka mula memasuki dan seterusnya telah mendirikan penempatan mereka di Felda Bukit Sagu pada tahun 1983. Menurut penduduk setempat, Felda ini telah diberi nama ‘Bukit Sagu’ kerana ianya pernah dipenuhi dengan sagu pada suatu ketika dahulu.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


KELAS ASAS FOTOGRAFI MENGGUNAKAN TELEFON PINTAR 2.0

Aktiviti Terkini | 3 Disember 2022

Penerangan tentang komponen & elimen yang di gunakan dalam fotografi menggunakan telefon pintar, demonstrasi menggunakan lighting box, peserta mencuba ambil gambar, penilaian gambar & pemberian hadiah serta saguhati penyertaan...baca selanjutnya

PERTANDINGAN ASAS KOMPUTER

Aktiviti Terkini | 20 November 2022

Pertandingan asas komputer dilakukan secara online dan terdapat tiga pelajar yang menyertai pertandingan ini. Ia dibuat selama satu jam bagi menarik minat pelajar mengenai komputer....baca selanjutnya

KELAS ASAS FOTOGRAFI MENGGUNAKAN TELEFON PINTAR

Aktiviti Terkini | 20 Oktober 2022

Penerangan tentang komponen & elimen yang di gunakan dalam fotografi menggunakan telefon pintar, demonstrasi menggunakan lighting box, peserta mencuba ambil gambar, penilaian gambar & pemberian hadiah serta saguhati penyertaan...baca selanjutnya

KELAS 3D MODEL BERSAMA UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG DAN PELAJAR TAHUN 5 SK FELDA BUKIT SAGU 1

Aktiviti Terkini | 24 September 2022

Kelas ini disertai seramai 5 orang pelajar yang terdiri daripada Tahun 5. Selain itu, kelas ini dibuat secara online dari pihak UMP dan pelajar mengikuti pembelajaran kelas ini...baca selanjutnya

FB LIVE AM : BANK TEMPATAN MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 19 September 2022

FB live ini berkolaborasi bersama 3 lagi PEDi iaitu u PEDi Kg. Ubai, PEDi Kg. Kempadang, dan PEDi PAKR Panching.FB Live ini berlangsung selama 1 jam dan pelbagai perkongsian mengenai Bank Tempatan Malaysia...baca selanjutnya

KELAS CANVA : BELAJAR MELUKIS BERTEMAKAN HARI KEMERDEKAAN

Aktiviti Terkini | 20 Ogos 2022

Kelas ini disertai oleh pelajar berumur 10 dan 11 tahun dan mereka belajar cara untuk menonjolkan lagi kreativiti mereka sempena Hari Kemerdekaan dengan merekacipta melalui Canva....baca selanjutnya

BENGKEL GRAFIK & PERTANDINGAN REKA CIPTA INFOGRAFIK PERINGKAT DAERAH 2022 KERJASAMA PEDI KAMPUNG BALOK, PEDI SEMAMBU, PEDI KAMPUNG PANDAN, PEDI BUKIT SAGU & PEDI TAMAN BERJAYA PERMAI

Aktiviti Terkini | 10 Ogos 2022

Pertandingan melakar poster digital menggunakan website CANVA bertemakan kerjaya impian serta pameran dan aktiviti Klik Dengan Bijak oleh wakil MCMC...baca selanjutnya

LIVE FACEBOOK: IBADAH HAJI

Aktiviti Terkini | 20 Julai 2022

Perkongsian ini disiarkan secara langsung melalui “Facebook Page” PEDi Taman Berjaya Permai dan berkolaborasi bersama-sama 4 PEDi iaitu PEDi Kg. Seri Damai, PEDi Kg. Pandan, PEDi PAKR Panching, dan PEDi Felda Bukit Sagu. Tajuk yang dibincangkan ialah Mengenai Ibadah Haji....baca selanjutnya

KELAS ONLINE UMP STEM LAB (MBLOCK)

Aktiviti Terkini | 16 Julai 2022

Kelas Online berkolaborasi bersama pihak Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan tenaga pengajar adalah daripada UMP sendiri. Kelas online ini terdiri daripada 10 orang pelajar merangkumi daripada pelajar dari darjah 4 dan darjah 6....baca selanjutnya

KELAS KUIZ BAHASA INGGERIS

Aktiviti Terkini | 26 Jun 2022

Kelas Kuiz ini disertai daripada pelajar dari sekolah rendah. Segala aktiviti dilakukan secara online dan terdapat empat orang yang menyertai kelas kuiz ini. Masa yang diberikan untuk menjawab kuiz adalah selama satu jam....baca selanjutnya

LIVE FACEBOOK: JENIS-JENIS BUAH IMPORT

Aktiviti Terkini | 13 Jun 2022

Perkongsian ini disiarkan secara langsung melalui “Facebook Page” PEDi Kg. Pandan dan berkolaborasi bersama-sama 4 PEDi iaitu PEDi Semambu, PEDi Kg. Pandan, PEDi PAKR Panching dan PEDi Felda Bukit Sagu. Tajuk yang kami bincangkan ialah beberapa jenis-jenis buah import yang ada di Malaysia....baca selanjutnya

MAJLIS JAMUAN AIDILFITRI FELDA BUKIT SAGU 1

Aktiviti Terkini | 25 Mei 2022

Jamuan Aidilfitri anjuran Pengurusan Felda, JKKR, GPW, MBFM, KAF, KRT Masjid & Koperasi Bukit Sagu 1, menjemput semua warga Bukit Sagu untuk hadir, dengan 9 booth juadah makanan disediakan...baca selanjutnya

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA-SAMA RAKYAT DAN PENGURNIAAN SUMBANGAN KEPADA GOLONGAN YANG MEMERLUKAN DISEMPURNAKAN OLEH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PEMANGKU RAJA PAHANG TENGKU MAHKOTA TENGKU HASANAL IBRAHIM ALAM SHAH

Aktiviti Terkini | 18 April 2022

Majlis berbuka puasa bersama-sama rakyat & pengurniaan sumbangan kepada golongan yang memerlukan, menanam pokok kurma & penyerahan duit raya.....baca selanjutnya

LIVE FACEBOOK: JENIS TANAMAN UTAMA DI MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 18 April 2022

Perkongsian ini disiarkan secara langsung melalui “Facebook Page” PEDi Kg. Ubai dan berkolaborasi bersama-sama 4 PEDi iaitu PEDi Semambu, PEDi Kg. Pandan, PEDi PAKR Panching dan PEDi Felda Bukit Sagu. Tajuk yang kami bincangkan ialah Tips dan Jenis Penipuan Membeli-Belah Secara Online di Platform Shopee....baca selanjutnya

LIVE FACEBOOK: JENIS TANAMAN UTAMA DI MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 19 Mac 2022

Perkongsian ini disiarkan secara langsung melalui “Facebook Page” PEDi Semambu dan berkolaborasi bersama-sama 4 PEDi iaitu PEDi Kg. Ubai, PEDi Kg. Pandan dan PEDi PAKR Panching dan PEDi Felda Bukit Sagu. Tajuk yang kami bincangkan ialah Jenis Tanaman Utama Di Malaysia....baca selanjutnya

PROGRAM JELAJAH PEDULI KELUARGA PERINGKAT NEGERI PAHANG ANJURAN LEMBAGA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA NEGARA (LPPKN)

Aktiviti Terkini | 19 Februari 2022

Program ini dianjurkan oleh LPPKN dan beberapa agensi seperti KWSP, PTPTN, TEKUN, AIM, JPJ, Tabung Haji, OUM, Majlis Bandaraya Kuantan dan lain-lain yang turut sama memeriahkan program ini...baca selanjutnya

LIVE FACEBOOK: KLIK DENGAN BIJAK – BODY SHAMING

Aktiviti Terkini | 9 Januari 2022

Perkongsian ini disiarkan secara langsung melalui “Facebook Page” PEDi Felda Bukit Sagu dan berkolaborasi bersama-sama 4 PEDi iaitu PEDi Kg. Ubai, PEDi Kg. Pandan dan PEDi PAKR Panching. Tajuk yang kami bincangkan ialah Klik Dengan Bijak – Body Shaming....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti