MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA-SAMA RAKYAT DAN PENGURNIAAN SUMBANGAN KEPADA GOLONGAN YANG MEMERLUKAN DISEMPURNAKAN OLEH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PEMANGKU RAJA PAHANG TENGKU MAHKOTA TENGKU HASANAL IBRAHIM ALAM SHAH

Aktiviti terkini |27 April 2022

Tempat Aktiviti:
Masjid Tengku Hasanal Ibrahim Alam Shah Bukit Sagu 1

Ringkasan Aktiviti :
• Majlis berbuka puasa bersama-sama rakyat & pengurniaan sumbangan kepada golongan yang memerlukan, menanam pokok kurma & penyerahan duit raya.

Tujuan Aktiviti :
• Tujuan program ini adalah untuk bersama-sama berbuka puasa & menyerahkan sumbangan kepada warga Bukit Sagu

Butiran Aktiviti :
• Keberangkatan YMM Tengku Hasanal Ibrahim Alam Shah
• Ucapan dari YB Dato’ Shahar
• Ucapan YMM Tengku Hasanal Ibrahim Alam Shah
• Penyerahan Sumbangan
• Penyerahan Sumbangan Duit Raya
• Menanam Pokok Kurma diperkarangan Masjid
• Majlis Berbuka puasa
• Solat Berjemaah
• Menandatangan Buku Pelawat

Kebaikan / kelebihan aktiviti:
• Merapatkan hubungan & memberi peluang warga Bukit sagu bersama-sama berbuka YMM Tengku Hasanal Ibrahim Alam Shah
• Dapat menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan

Nama VIP:
• Yang Teramat Mulia Tengku Hasanal Ibrahim Alam Shah
• YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang.
• Dato' Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad, Setiausaha Kerajaan Pahang,
• Dato' Sri Dr. Sallehuddin Ishak
• Ahli Parlimen Paya Besar, Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :