Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

FELDA (Federal Land Development Authority) atau nama melayunya Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956 untuk pembangunan tanah dan penempatan semula dengan objektif pembasmian kemiskinan melalui penanaman tanaman minyak sawit dan getah. Antara fungsi FELDA adalah untuk melaksanakan projek-projek pembangunan tanah dan aktiviti pertanian, perindustrian dan komersial sosial ekonomi.

Felda Bukit Sagu terletak dalam daerah Kuantan, Pahang. Lokasinya terletak kira-kira 30km dari pusat bandar Kuantan dan telah mula dipelopori oleh FELDA pada tahun 1980.

Para peneroka mula memasuki dan seterusnya telah mendirikan penempatan mereka di Felda Bukit Sagu pada tahun 1983. Menurut penduduk setempat, Felda ini telah diberi nama ‘Bukit Sagu’ kerana ianya pernah dipenuhi dengan sagu pada suatu ketika dahulu.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


LIVE FACEBOOK: KENALI LOGHAT DI MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 26 Disember 2021

Perkongsian ini disiarkan secara langsung melalui “Facebook Page” PEDi Felda Bukit Sagu dan berkolaborasi bersama-sama 4 PEDi iaitu PEDi Kg. Ubai, PEDi Kg. Pandan dan PEDi PAKR Panching. Tajuk yang kami bincangkan ialah Kenali Loghat di Malaysia...baca selanjutnya

LIVE FACEBOOK: 4 TEMPAT PENDAKIAN YANG MENJADI TARIKAN & RAMAI DIKUNJUNGI

Aktiviti Terkini | 25 November 2021

Perkongsian ini disiarkan secara langsung melalui “Facebook Page” PEDi Felda Bukit Sagu dan berkolaborasi bersama-sama 4 PEDi iaitu PEDi Kg. Ubai, PEDi Kg. Pandan dan PEDi PAKR Panching. Tajuk yang kami bincangkan ialah 4 Tempat Pendakian yang Menjadi Tarikan & Ramai Dikunjungi....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: USAHAWAN-USAHAWAN BERJAYA DI MALAYSIA PART 1

Aktiviti Terkini | 9 Oktober 2021

Perkongsian ini disiarkan secara langsung melalui “Facebook Page” PIK Felda Bukit Sagu dan berkolaborasi bersama-sama 4 PIK iaitu PIK Kg. Ubai, PIK Kg. Pandan, PIK PAKR Panching, dan PIK Semambu. Tajuk yang kami bincangkan ialah Usahawan-usahawan yang Berjaya di Malaysia Part 1....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 7 September 2021

Perkongsian ini disiarkan secara langsung melalui “Facebook Page” PIK Felda Bukit Sagu dan berkolaborasi bersama-sama 4 PIK iaitu PIK Kg. Ubai, PIK Kg. Pandan, PIK PAKR Panching, dan PIK Semambu. Tajuk yang kami bincangkan ialah tempat-tempat menarik Di Malaysia....baca selanjutnya

KELAS DEKORASI KEDAI DI SHOPEE

Aktiviti Terkini | 14 Ogos 2021

Perkongsian ini adalah daripada pihak Shopee sendiri dimana ia bertujuan untuk mengajar usahawan-usahawan dekorasikan kedai mereka di Shopee bagi menarik minat pelanggan. ...baca selanjutnya

KELAS PENGENALAN SHOPEE

Aktiviti Terkini | 2 Ogos 2021

Perkongsian ini adalah daripada pihak Shopee sendiri dimana ia bertujuan untuk mengajar usahawan-usahawan yang ingin menjual barangan atau produk di platform Shopee...baca selanjutnya

LIVE : PERKONGSIAN LAMAN WEB PENCARIAN KERJA KOSONG

Aktiviti Terkini | 29 Julai 2021

Tujuan perkongsian yang dibuat bersama PIK Kampung Ubai, PIK Kampung Pandan, PIK PAKR Panching dan PIK Felda Bukit Sagu adalah untuk membantu adik-adik lepasan SPM ataupun sesiapa sahaja untuk mencari pekerjaan...baca selanjutnya

LIVE : SEMBANG SANTAI HALATUJU SELEPAS SPM BERSAMA CIKGU ASMA’ BINTI AHMAD (GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING)

Aktiviti Terkini | 19 Jun 2021

FB Live gabungan empat PIK iaitu PIK Felda Bukit Sagu , PIK Kg Pandan, PIK Kg Ubai dan PIK PAKR Panching bersama dengan penceramah Cikgu Asma yang merupakan seorang guru bimbingan dan kaunseling...baca selanjutnya

MAJLIS PERASMIAN MASJID TENGKU HASSANAL IBRAHIM ALAM SHAH, BUKIT SAGU 1 DI FELDA BUKIT SAGU 1

Aktiviti Terkini | 7 Mei 2021

Majlis ini adalah Perasmian Masjid Felda Bukit Sagu 1 oleh Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan bersama bersama ahli kariah masjid Felda Bukit Sagu....baca selanjutnya

PROGRAM TADARUS AL-QURAN GPW FELDA WILAYAH TIMUR BERSAMA PUSAT INTERNET KOMUNITI FELDA BUKIT SAGU

Aktiviti Terkini | 28 April 2021

Program ini bertujuan untuk mengadakan tadarus atau bacaan al-quran beramai-ramai sempena Hari Nuzul Al-Quran, bulan turunnya Al-Quran...baca selanjutnya

PROGRAM BUBUR LAMBUK PERDANA GPW (WILAYAH KUANTAN) BERSAMA PUSAT INTERNET FELDA BUKIT SAGU.

Aktiviti Terkini | 15 April 2021

Program ini bertujuan untuk mengadakan gotong-royong penyediaan bubur lambuk dan diagihkan kepada penduduk sempena menyambut Bulan Ramadhan. Tambahan pula, ia di kategorikan sebagai berkongsi rezeki bersama penduduk di Felda Bukit Sagu 1....baca selanjutnya

PENYERTAAN JAWAB KUIZ KLIK DENGAN BIJAK (KDB)

Aktiviti Terkini | 27 Mac 2021

Pertandingan Klik Dengan Bijak (KDB) ini dibuat secara atas talian dengan mengguna Google Form. ...baca selanjutnya

LAWATAN RASMI YB TIMBALAN MENTERI KEWANGAN II (AHLI PARLIMEN PAYA BESAR) & PENGERUSI MCMC

Aktiviti Terkini | 10 Februari 2021

Lawatan Rasmi dari YB Tuan Mohd Shahar Bin Abdullah (Timbalan Menteri Kewangan II / Ahli Parlimen Paya Besar) dan Pengerusi MCMC, YBrs. Dr. Fadhlullah Suhaimi Bin Abdul Malek, YB Dato' Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff (Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang)serta diiringi oleh Tuan Hj. Zahari Bin Ismail iaitu Ketua Pejabat Negeri Pahang (MCMC). ...baca selanjutnya

PENYERTAAN SILANG KATA ONLINE TEKA

Aktiviti Terkini | 31 Januari 2021

Pertandingan teka silang kata ini secara atas talian Web dan penyertaan terbuka kepada semua komuniti di Felda Bukit Sagu...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti