Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

FELDA (Federal Land Development Authority) atau nama melayunya Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956 untuk pembangunan tanah dan penempatan semula dengan objektif pembasmian kemiskinan melalui penanaman tanaman minyak sawit dan getah. Antara fungsi FELDA adalah untuk melaksanakan projek-projek pembangunan tanah dan aktiviti pertanian, perindustrian dan komersial sosial ekonomi.

Felda Bukit Sagu terletak dalam daerah Kuantan, Pahang. Lokasinya terletak kira-kira 30km dari pusat bandar Kuantan dan telah mula dipelopori oleh FELDA pada tahun 1980.

Para peneroka mula memasuki dan seterusnya telah mendirikan penempatan mereka di Felda Bukit Sagu pada tahun 1983. Menurut penduduk setempat, Felda ini telah diberi nama ‘Bukit Sagu’ kerana ianya pernah dipenuhi dengan sagu pada suatu ketika dahulu.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


PERTANDINGAN MICROBIT PENGAJARAN 6

Aktiviti Terkini | 19 Disember 2020

Taklimat ini secara atas talian menggunakan Future Skills For All...baca selanjutnya

PERTANDINGAN MICROBIT PENGAJARAN 6

Aktiviti Terkini | 21 November 2020

Taklimat ini secara atas talian menggunakan Future Skills For All. Pengurus dan Penolong Pengurus PI Felda Bukit Sagu menerangkan cara untuk membina projek lembu yang mengoyang ekornya apabila tanduknya disentuh...baca selanjutnya

MENCIPTA GAJAH DAN IKAN JERUNG MENGGUNAKAN BAHAN YANG TELAH DISEDIAKAN

Aktiviti Terkini | 28 Oktober 2020

Taklimat ini secara atas talian menggunakan Future Skills For All. Pengurus dan Penolong Pengurus PI Felda Bukit Sagu menerangkan cara untuk membuat gajah dan ikan jerung...baca selanjutnya

PROGRAM MERDEKA @ KOMUNITI 2020 ANJURAN PEJABAT PENERANGAN DAERAH KUANTAN DGN KERJASAMA JKKR KAMPUNG BUKIT SETONGKOL

Aktiviti Terkini | 20 September 2020

Untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan di kalangan JKK & penduduk sekitar Bukit Setongkol...baca selanjutnya

SAMBUTAN HARI WANITA & CERIA MERDEKA 2020 FELDA WILAYAH KUANTAN.

Aktiviti Terkini | 10 September 2020

Untuk menyambut Hari Wanita bersama-sama dengan peneroka-peneroka Felda yang berdekatan seperti Felda Bukit Sagu, Felda Bukit Goh dan Felda Bukit Kuantan....baca selanjutnya

KONVOI HARI KEMERDEKAAN FELDA BUKIT SAGU 01

Aktiviti Terkini | 22 Ogos 2020

Untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan di kalangan warga peneroka dan kakitangan Felda....baca selanjutnya

KUIZ KAHOOT SOP COVID - 19

Aktiviti Terkini | 24 Julai 2020

Taklimat ini secara atas talian menggunakan Kahoot. Pengurus dan Penolong Pengurus PI Felda Bukit Sagu menerangkan cara Kuiz Kahoot dijalankan...baca selanjutnya

PEMBUKAAN SEMULA PUSAT INTERNET DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

Aktiviti Terkini | 10 Jun 2020 – 31 Ogos 2020

Jumlah maksima pengguna yang dibenarkan berada di PI untuk satu-satu masa adalah tidak melebihi sepuluh (10) orang sahaja....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 4

Aktiviti Terkini |29 April - 12 Mei 2020

Berikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-4) sehingga 12 Mei 2020....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 2 & FASA 3

Aktiviti Terkini | 1-28 April 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020.....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 1

Aktiviti Terkini | 18-31 Mac 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI KARNIVAL RAHMAH 2020

Aktiviti Terkini | 21 & 22 Februari 2020

Program Klik Dengan Bijak melibatkan pengunjung-pengunjung sempena Program Ziarah Rahmah Di Kampung Tanjung Api Kuantan. Aktiviti terbahagi tiga iaitu untuk aktiviti Perkataan Tersembunyi KDB untuk pelajar-pelajar sekolah rendah, aktiviti Teka Silangkata KDB untuk remaja & dewasa dan juga aktiviti roda KDB untuk remaja & dewasa....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI HARI TERBUKA PI LEPAR HILIR 3

Aktiviti Terkini | 16 Februari 2020

Program Klik Dengan Bijak melibatkan pengunjung-pengunjung sempena Hari Terbuka PI Lepar Hilir 3. Taklimat terbahagi dua sesi iaitu untuk pelajar-pelajar sekolah dan juga sesi untuk pengunjung-pengunjung dewasa. Antara aktiviti lain dijalankan ialah Pop kuiz KDB, fast typing, mencari objek tersembunyi, word search, timbang bola takraw dan pertandingan dart....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SK CHERATING

Aktiviti Terkini | 31 Januari 2020

Program ini adalah program-program inisiatif dari pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi melahirkan pengguna internet yang berhemah...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti