Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

FELDA (Federal Land Development Authority) atau nama melayunya Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956 untuk pembangunan tanah dan penempatan semula dengan objektif pembasmian kemiskinan melalui penanaman tanaman minyak sawit dan getah. Antara fungsi FELDA adalah untuk melaksanakan projek-projek pembangunan tanah dan aktiviti pertanian, perindustrian dan komersial sosial ekonomi.

Felda Bukit Sagu terletak dalam daerah Kuantan, Pahang. Lokasinya terletak kira-kira 30km dari pusat bandar Kuantan dan telah mula dipelopori oleh FELDA pada tahun 1980.

Para peneroka mula memasuki dan seterusnya telah mendirikan penempatan mereka di Felda Bukit Sagu pada tahun 1983. Menurut penduduk setempat, Felda ini telah diberi nama ‘Bukit Sagu’ kerana ianya pernah dipenuhi dengan sagu pada suatu ketika dahulu.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019


PROGRAM KDB RAYA KLUSTER KUANTAN

Aktiviti Terkini | 30 Jun 2019

Program KDB Raya merupakan gabungan aktiviti Klik Dengan Bijak dan Jamuan Hari Raya. Program ini tercetus, hasil daripada pandangan En. Fairose untuk mengadakan satu program ringkas yang melibatkan kesemua PI Kluster Kuantan, pihak Digi dan MCMC....baca selanjutnya

PERTANDINGAN KUIZ RAMADHAN

Aktiviti Terkini | 25 Mei 2019

Seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada ahli-ahli berdaftar PI telah menyertai pertandingan ini. Mereka perlu menjawab soalan yang berkaitan dengan bulan Ramadhan dan puasa dengan betul dan peserta yang mengumpul markah tertinggi akan dikira sebagai pemenang....baca selanjutnya

PERTANDINGAN KUIZ MATEMATIK ONLINE

Aktiviti Terkini | 28 April 2019

Seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada ahli-ahli berdaftar PI telah menyertai pertandingan ini. Mereka perlu menjawab soalan Matematik dengan betul dan peserta yang mengumpul markah tertinggi akan dikira sebagai pemenang....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI DEWAN LEPAR HILIR 3

Aktiviti Terkini | 29 Mac 2019

Program telah dihadiri oleh seramai hampir 150 orang yang terdiri dalam kalangan komuniti setempat. Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan yang berasaskan Klik Dengan Bijak dan e-Waste....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SMK ALOR AKAR

Aktiviti Terkini | 22 Mac 2019

Seramai lebih 680 orang pelajar dan guru dari SMK Alor Akar telah terlibat dalam menjayakan program advokasi pada kali ini dan bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar dan guru tentang penggunaan teknologi dan internet secara berhemah.....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SK CHERATING

Aktiviti Terkini | 15 Mac 2019

Seramai lebih 200 orang pelajar dari SK Cherating telah terlibat dalam menjayakan program advokasi pada kali ini....baca selanjutnya

Pendaftaran Program JomStudi

Aktiviti Terkini |22 Februari 2019

Menjadi salah satu platform untuk para pelajar mengulangkaji pelajaran secara atas talian dan memberi pendedahan kepada peserta tentang fungsi Pusat Internet...baca selanjutnya

Pertandingan Mewarna Bersama Kanak-kanak Literasi

Aktiviti Terkini |29 Januari 2019

Seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak Literasi telah menyertai Pertandingan Mewarna pada kali ini....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti