PROGRAM KafeTEEN LPPKN

Aktiviti terkini |10 Jun 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Felda Bukit Sagu

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini diadakan pada hari sabtu dan seramai 21 orang telah pelajar menyertai program ini.
• Sesi taklimat mengenai kesihatan reproduktif, terutama yang berkaitan dengan Seksualiti, Nilai dan Tanggungjawab, dan Kelakuan risiko yang membawa kepada penyakit seksual, kehamilan dan jangkitan HIV / AIDS, teknik penangguhan dan penolakan seks sebelum berkahwin & menekankan isu seks selamat seperti abstinen dan perlindungan diri serta kaedah pencegahan kehamilan dan penyakit jangkitan seksual bertujuan Membantu remaja menempuhi alam remaja dengan selesa dan yakin, Memperkasa remaja melalui bimbingan dan pendidikan, Menyediakan khidmat kaunseling dan perkhidmatan kesihatan bagi membantu remaja mengatasi masalah fizikal, mental dan sosial remaja & Memberi peluang untuk remaja berkenalan dengan rakan-rakan serta berkongsi pengalaman dan idea-idea baru

Tujuan Aktiviti :
• Tujuan utama program ini adalah untuk kesedaran & memastikan setiap remaja yang menghadiri memahami tentang nilai, etika & tanggungjawab terhadap diri & orang lain.

Butiran Aktiviti :
• Pendaftaran & Sarapan Pagi
• Sesi Taklimat KafeTEEN LPPKN.
• Sesi Soal Jawab, penyampaian saguhati kepada 10 pelajar yang menjawab soalan.
• Penyampaian Hadiah & cenderamata Oleh Pengurus PEDi Felda Bukit Sagu kepada Cik Nazuliani Binti Abdul Aziz

Kebaikan / kelebihan aktiviti:
• Mendidik pelajar tentang Seksualiti, Nilai dan Tanggungjawab, dan Kelakuan risiko
• Mendidik pelajar teknik penangguhan dan penolakan seks sebelum berkahwin Melahirkan lebih ramai pelajar yang berkemahiran dalam bidang ict.
• Sebagai salah satu cara mempromosikan PEDi untuk menarik lebih ramai pengunjung ke PEDi.

Nama VIP:
• GPK KO – Cik Nazuliani Binti Abdul Aziz

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :