DiGi CyberSAFE

02 Ogos 2015 |Aktiviti Terkini

Digi CyberSAFE bertujuan untuk mendidik serta mempertingkatkan kesedaran orang ramai mengenai isu-isu teknologi dan sosial yang dihadapi oleh para pengguna internet, terutamanya mengenai bahaya semasa berada di atas talian.

Antara aktiviti yang dijalankan:

Program DIGI Cyber SAFE terbahagi kepada 2 sesi iaitu sesi pertama pada pukul 10.00 pagi dan sesi kedua pada pukul 2.00 petang. Peserta yang menyertai “Pertandingan Open day” harus mengikuti Program Digi CyberSAFE dengan menonton (3) video yang berkaitan Cyber Bulling, Cyber Stalking dan Cyber Grooming.
Selepas peserta menonton video, mereka dikehendaki menjawab kuiz sebanyak 10 soalan yang berkaitan dengan video yang telah ditonton selama 10 minit.